Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang berbeza.
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun darip ada kemalangan.
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa.Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak -kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser (1996), antara punca-punca disleksia ialah: -
· Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah -
masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan
adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan
disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara
turun-temurun.
· Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahi rkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor -faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak -kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum .
· Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu punca disleksia.
Jenis-jenis Disleksia
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
1. Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfigurasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.
2. Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori
3. Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio. Beberapa huruf pertama dalam teks akan kelihatan jelas dan yang lainnya mula menjadi kabur sehingga lama kelamaan terus menghilang. Kekaburan ini berlaku secara rawak.
Kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak ini banyak persamaan dengan kesilapan yang dilakukan oleh orang dewasa aphasia yang menghadapi kerosakan otak. Perbezaannya adalah mangsa aphasia telah pun mempunyai kemahiran membaca dan menulis tetapi disebabkan kecederaan di otak, dia tidak dapat lagi membaca dan menulis sementara kanak-kanak disleksia pula tidak pernah mempunyai kemahiran membaca dan menulis.
- Biasanya penyakit ini telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak tersebut. Ini telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak.
- Didapati penyakit ini banyak menyerang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan dengan kadar 3:1/2:1. Ini disebabnya oleh orang lelaki lebih banyak tanggungjawab berbanding orang perempuan.
- Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain perkatan pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya.
- Berlaku perlawanan dalam dua cerebral hemisphere dalam menguasai kemahiran bacaan dan ejaan. Pada kebiasaannya hemisphere kiri yang menguasai bacaan tetapi kerana ianya lemah maka terjadilah keterbalikkan perkataan dan huruf kepada kanak-kanak ini.
- Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masalah dysleksia adalah disebabkan oleh pengajaran guru yang tidak berkesan. Pendapat ini telah ditentang hebat dengan alasan jika pengajaran guru tidak sesuai, sudah tentu terdapat satu kumpulan murid di dalam kelas yang menghadapi disleksia.
- Berlaku akibat rencatan secara am di dalam perkembangan bahasa kanak-kanak itu.
Ciri-ciri kanak-kanak disleksia
- perkembangan motor yang kurang matang termasuk kelakuan-kelakuan hiperkinetik
- gangguan penglihatan
- singkat ingatan
- gangguan dalam bahasa
- kebolehan kognitif yang rendah
- kesukaran dalam kematangan emosi dan social
- Tidak dapat membezakan lambing bertulis dengan bunyi lambing tersebut
- tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan lambang iaitu tidak dapat mengingat lambang mana yang harus ditulis untuk dipadankan dengan bunyi-bunyi tersebut
- tidak dapat menyusun lambang tulisan supaya betul dan bersesuaian dengan bunyi-bunyinya agar menjadi perkataan yang bermakna
- tidak dapat menulis dari kiri ke kanan dan juga tidak dapat menulis susunan huruf atau perkataan agar tidak terbalik kedudukannya.
- Tidak dapat menyusun atau mengurus masa dan ruang mengikut susunannya.
- Tidak dapat membuat koordinasi motor mata-tangan kiri kanan serta menumpukan perhatian
- Sukar mengikuti latihan sukan yang kompleks
- Peningkatan tumpuan kepada aktiviti pendengaran
- Lebih tumpuan kepada aktiviti pendebgaran yang mana menutup kemahiran pandangan
16. Sukar belalar bahasa, ketidakseimbangan kebolehan intelektual
17. Tidak lancar membaca,menulis daya tumpuan yang lemah
Kesalahan-kesalahan bacaan yang dilakukan oleh kanak-kanak disleksia
· Mereka-reka cerita berdasarkan gambar yang ditunjukkan walaupun cerita tersebut tiada kaitan dengan isi bacaan.
· Membaca lambat dan teragak-agak.
· Mengikut bacaan dengan jari.
· Kerap hilang tempat bacaan, sama ada hilang terus atau membaca baris tersebut dua kali.
· Membaca kuat tetapi teragak-agak dengan satu intonasi.
· Cuba mengeja tetapi sebutannya salah misalnya mengeja ketat tetapi menyebut kelat.
· Meramal perkataan tanpa mengira ianya bermakna atau tidak.
· Membaca secara terbalik misalnya aman dibaca nama dan sebagainya.
· Menyusun perkataan dengan susunan yang salah.
· Memendekkan perkataan yang panjang misalnya kerosakan dibaca rosak sahaja.
· Salah membaca perkataan yang mempunyai bentuk yang sama misalnya kakak=katak, baju=bayu.
· Menggantikan perkataan lain yang sama maknanya misalnya ayahanda=bapa.
Kesilapan tulisan-tulisan yang dilakukan kanak-kanak disleksia
- Menulis huruf-huruf dengan susunan yang salah misalnya saman ditulin sanam.
- Menulis secara mirror writing.
- Menterbalikkan huruf misalnya b menjadi d.
- Menulis perkataan yang didengar misalnya buang menjadi buwang.
- Menggunakan perkataan yang ganjil seperti mjeik, pojktc dan lain-lain lagi.
- Tertinggal huruf dalam perkataan seperti emak menjadi mak sahaja.
- Menambah huruf misalnya tuang menjadi tunang.
- Tidak dapat menulis huruf yang disebut.
- Tidak dapat memilih huruf yang disebut.
- Tidak dapat menyesuaikan huruf dengan huruf yang sama.
Kesilapan mengikut peringkat umur:-
Kanak-kanak pada peringkat pra-sekolah
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda -benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
Pada peringkat sekolah rendah:
Seawal dari umur 6 hingga 9 tahun, masalah yang dihadapi oleh kanak -kanak
disleksia ini adalah seperti: -
- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan
perkataan, huruf dan nombor.
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca.
- Keliru dengan kiri dan kanan.
- Tulisan cermin atau terbalik.
Apabila umur meningkat kepada 9 hingga 12 tahun pula, masalah seperti berikut
timbul seperti:-
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah.
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial
Masalah utama yang dihadapi kanak -kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada :-
· Dalam kemahiran mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah –masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf -huruf seperti:-
m ± w, y ±g ± j, u ± n, m ± n
c ± e, p ± q, h ± n, b ± d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti :-
t ± h, f ± v
Dalam kemahiran membaca kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak -kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti:-
- Batu ± tuba
- Gula ± lagu
- Kelapa ± kepala
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti
berikut:
- pada masa yang sama ± dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya
seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
· Dalam kemahiran menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak -kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
· Dalam kemahiran bercakap dan mendengar
Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
· Dalam kemahiran mengenal nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 ± 5 ± 8 (nombor seakan sama)
9 ± 6 (nombor terbalik)
Selain dari masalah pembelajaran, masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial turut melanda kanak-kanak disleksia ini. Antara masalah yang mungkin timbul dalam kalangan kanak-kanak ini adalah:-
v Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut.
v Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh.
v Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.
Bagaimana guru membantu kanak-kanak di dalam kelas? Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru dalam membantu kanak-kanak disleksia selain dari kaedah dan teknik mengajar. Antaranya adalah:
- Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas.
- Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas.
- Tulisan guru mestilah terang dan jelas.
- Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka.
- Berikan kelonggaran kepada mereka.
- Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan.
- Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak.
- Semasa kanak-kanak lain sedang membaca sendiri, guru cuba ajarkan kanak-kanak bermasalah itu membaca secara fonetik.
- Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah mengeluarkan buku pelajaran tetapi bantulah dia.
- Sediakan bahan pengajaran yang baik.
- Gunakan aplikasi teori Gestalt.
- Tekankan ke atas pengamatan butiran.
- Konsep kedudukan dan orientasi huruf.
- Berikan latihan kemahiran urutan pandangan.
· Pengajaran menyela bertujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca.
Prosedur pengajaran kepada kanak-kanak disleksia pandangan yang tidak dapat belajar melalui gambaran pandangan kerana tidak dapat mengait perkataan dengan makna dan tidak dapat mengekalkan ingatan tentang imej sesuatu perkataan ialah melalui kaedah pengajaran fonetik/ linguistik di mana kaedah ini bukan sahaja menekankan bacaan dan ejaan tetapi juga cara menulis dan menggabungkan perkataan, ayat dan idea-idea agar ianya bermakna dan logik. Oleh itu guru perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dalam fonetik dan linguistik. Antara kaedah fonetik dalam pengajaran adalah melalui:-
- Ajar nama dan huruf bunyi.
- Ajar huruf yang bermula dengan setiap bunyi.
- Ajar mengenal huruf berdasarkan bunyi.
- Ajar perkataan bunyi huruf.
- Pengadunan bunyi membentuk perkataan yang bermakna.
- Mengelompokkan perkataan dalam huruf yang sama.
- Perkenalkan adunan bunyi dua huruf konsonan.
- Perkenalkan adunan bunyi huruf konsonan dengan vocal.
- Perkenalkan ayat, perenggan dan cerita yang senang dan pendek.
Dalam kaedah fonetik/ linguistic, kanak-kanak hendaklah di ajar secara lankah dan logik. Latih tubi adalah berdasarkan teknik multy sensory. Teknik ini menggunakan pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran kanak-kanak selain dari membabitkan penulisan kembali dan mengulang pembacaan secara kuat apa yang telah ditulis. Langkah-langkah terperinci adalah seperti berikut:
1. Guru menunjukkan di kad imbasan dengan gambar yang bermula dengan huruf tersebut dibelakangnya. Murid dikehendaki menyebut huruf tersebut.
2. Guru menyuruh murid ulang ayat tersebut.
3. Guru sebut sekali lagi, kali ini mengikut suku kata.
4. Murid menulis ayat tersebut. Sambil menulis, sebut ayat tersebut.
5. Guru menyuruh murid menyebut perkataan yang ditulis.
6. Jika terdapat kesilapan, murid mencarai sendiri dengan cara semakan.
Kaedah dan teknik ini dapat mempertingkatkan daya ingatan murid dalam membina ayat kerana guru telah memulakannya dari ayat pendek kepada ayat yang lebih panjang dan semakin susah.
Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah dysleksia pendengaran di mana merteka akan memberi respon positif terhadap pengajaran bacaan awal yang menggunakan pendekatan seluruh perkataan adalah dengan cara:
- Membentuk kesepadanan pendengaran dan pandangan.
- Mengajar perbendaharaan kata yang berlainan bunya dan bentuk.
- Menggunakan pendekatan pengalaman bahasa.
- Menggunakan mesin pengajaran seperti Language Master, Autoscore dan computer dalam pendidikan.
- Aktiviti pengadunan dan intergrasi.
- Peningkatan keupayaan diskriminasi dan analisis pendengaran.